JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Sabtu, 31 Julai 2010

Najmi kuat makan.


"Namanya lelaki, memang kuat makan". Itulah komen biasa kita dengar bila dikaitkan dengan anak lelaki berbanding anak perempuan. Tapi masalah dengan anak lelaki tunggal kami ini ialah, makan kuat tapi badan susah nak naik. Sedikit gusar dihatiku. Tapi selagi dia aktif dan sihat, nurse kata ok.

Ini lagi aksi najmi bila dapat makan, terutamaya bihun atau mee. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadikan najmi ni suami, kena pakar dululah bab2 masak terutama mee. Tambahan bila ayoh yang masak, lagi dengan mangkuk mee ditonggengnya.

Komen kak long pula, umi masak tak sedap. Ayoh juga yang masak sedap. Layan je laaa...

Rabu, 28 Julai 2010

Najmi suka mee dan bihun

Bila menunya mee atau bihun, licin najmi makan. Siap hirup dengan kuahnya sekali. Tambahan pula bila menunya ayoh yang masak. sungguh nyam..nyam...

Tak sempat pusing kiri, tak pusing kakan dah. Baca doa pun sudah terlupa.Sapa-sapa yang nak jadi menantu kami pastikan pandai masak mee dan bihun yang "delicious". Tengok tu, najmi angkat mangkuk. Najmi sedang makan bihun sup tu.

Najmi boeh guna sudu sebelum umurnya 2 tahun. Dia akag than juga bial masakan agak pedas. Ikut ayoh kot.



Kak long rajin...

Dia asyik tengok uminya asyik basuh pingga je kerjanya, pantang kita takde kat dapur, habis la pinggan mangkuk dalam sink tu dia basuh. air pula punya la laju. separuh sink. Siap-siap basuh pinggan, tak sempat orang lain puji, dia yang penuh keikhlassan memuji dirinya sendiri. Tidak adapun bibit-bibit riak atau bangga diri, cuma yang ada "happy" sebab boleh tolong umi.
Botol sus pun dicucinya tapi kita pula la yang basuh lepas tu.
Nio aksi kak long kat rumah Gerik, dengan kreatifnya dia guna kerusi untuk membolahkannya membasuh pinggan. Terima Kasih kak long.

Kuasa imaginasi kak ngah memang hebat.

"Umi, acik fadhil tu dia eksiden sebab kereta yang langgar dia tu laju dan kena acik fadhil kan umi? Lepas tu acik fadhil meninggal dan sekarang dia duduk ngan Allah." Aku mengiakan tapi memang kurang berminat mahu mengulas isu eksiden yang berlaku itu yang menyebabkan kematian sahabat kami dan acik kesayangan mereka.
Banyak spekulasi dan andaian mereka adik-beradik buat tapi aku buat pekak sahaja. malas campur. membiarkan sahaja andaian-andaian dan ulasan-ulasan mereka. lagipun aku sendiri tiada jawapan.
Boleh dikatakan dalam seminggu dua kejadian eksiden itu, anak-anak berdua ini asyik mengajak kami melihat kereta arwah yang ada diletakkan di depan balai polis Gerik. Bila melihat kereta itu, ada satu kali kak ngah menangis. Agak aku, hatinya tersentuh. Maklumlah arwah memang agak rapat juga dengan anak-anak aku.
Muls-mula diberitahu acik Fadhil eksiden, meninggal, mereka maeahkan kami. Iut yang kami bawa tengok kereta arwah. Tapi setiap hari lepas balik kerja mereka ajak tengok kereta itu sehinggalah suamiku bersuara utnuk tidak lagi melihat kereta itu, lain macam rasa dia kata.
Anak-anak nih mudah tersentuh hatinya dan setiap ulasan yang keluar dari mulut mereka penuh keikhlasan. Tiada langsung hipokrit dan ayat yang direka, kecuali bila mereka menipu. Sebab tiu boleh agak bila mereka menipu sebab kanak-kanak tidak pandai menipu...

umi.. kenapa buaya ni tak tak nak keluar

"buaya tak nak keluar laaa umi...." kata kak long. memang pun. duit tak masukkan. macamana buaya tu nak keluar. bayar RM3 keluar la buaya tu.
Dengan muka berkerut2 menunjukkan terkejut aku kata. "kenapa ek dia tak nak keluar. takpe la dia tak nak kelauar kita g main kat taman kat dalam tu, bayar RM3 seorang. kak long dan adik-adik boleh main sampai puas. tak balik petang ni pun takpe". kataku.
Dia dengan penuh persetujuan, melangkah masuk taman yang dibayar RM3 tapi main sampai puas. Kak ngah dan najmi hanya mengikut. Tidak pandai membuat petrmintaan dan perbandingan lagi. Selamat duit umi dan ayoh.
Itu antara teknik umi dan ayoh menyelamatkan duit. main dapat tapi memandangkan nak tunggu ayoh "shopping" keperluan rumah yang sah-sah mahu 2 jam menunggu kat luat Tesco Kota Bharu tu. Kalau mahu buaya tu sentiasa keluar untuk tempoh itu, mahunya berpuluh2 duit melayang.
Takpe nanti2 la bila kak long dan adik-adik besar umi bagitahu muslihat ini. banyak lagi muslihat yang umi dan ayoh berkomplot sepanjang membesarkan kalian... sorry.

Isnin, 5 Julai 2010

tak nak pergi taska malam-malam...

"Bukan malam dah ni kak long". kataku. Terkasima pun sama. Apa tidak malamnya, jam baru 5.45 pagi. Lengkap dengan kabus sekali. Tidak cerita lagi massalah sejuk nak mandi pagi. Kalau difikirkan, aku masa sekolah dulu pun, liat mandi pagi. Itu dah tingkatan 6 atas. Mandi pun jam 6.40 pagi.
Ini anak sekecil najwa, baru 5 tahun, bangkit mandi jam 5.40 pagi dan pakai siap-siap baju pasti, lepas tu naik kereta tidur kembali. hingga sampai ke pasti kadang-kadang atau dikejutkan bila ayahnya membelikan makanan untuk breakfast dalam kereta. Umi bangga dengan kak long, kak ngah dan najmi.
Sekarang bila sudah hampir 5 bulan kami melalui jadual bangun pagi seawal 5 pagi dan kejutkan anak mandi jam 5.40 pagi dan sarapan atas kereta 7.00 pagi, Alhamdulullah, nampak semakin stabil walau ada kalanya kelam kabut juga.
Anak-anak rupa-rupanya boleh diajar, perkara paling mudah ialah mandi pagi dan mandi pagi sebelum subuh bagus untuk tampil slim. Itu agaknya kak long ni slim, x gemuk-gemuk. hehehe

Maafkan umi..

Tuntutan harian yang banyak menuntut untuk para umi berada di luar rumah, berjauhan dengan anak-anak terutamnya, membuatkan hati umi gelisah.
Melihat anak-anak hanya melirik dengan anak mata membiarkan umi pergi, membuatkan hati umi cukup membuatkan hati umi dirobek-robek dan seba salah. Tidak sanggup rasanya menyerahkan urusan menjaga anak-anak kepada pengasuh. Tapi itu yang menjadi realiti setiap hari.
Opsyen terbaik ialah mencari pengasuh yang terbaik untuk anak-anak. Yang berakhlak mulia dan mudah2an akhlak itu yang anak kita akan ikut. Bukan lagi acuan umi sepenuhnya. Jadi apa yang berlaku pada anak-anak umi kena cukup "consider" dan belajar menerimanya...
Kerapkali emosi umi tidak stabil dan dihantui rasa serabut bila perasaan bersalah menghantui diri.
Anak...
Jangan bila umi tua nanti, dihantarnya umi ke rumah jagaan orang-orang tua pula. Sebagai balasan umi menghantar kalian ke rumah jagaan kanak-kanak sekarang... Umi kesempitan. Benar-benar berada dalam kesempitan. Mahu berhenti kerja, kewangan tidak mengizinkan.