JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Sabtu, 18 Disember 2010

Umi kena marah.


Betul la kak long, kak ngah, Acik Fadhil dah Allah ambil. marah lagi, lagi teruk marahnya. "Umi tipu". katanya. Tetapi bila diminta menyedekahkan Fatihah, mereka akur. Tiada idea lagi untuk aku mematikan katanya. Betul juga, mereka tidak nampak bukti, sewaktu arwah kat hospital gerik pun mereka tiada.

Petang itu, selepas menjemput mereka kat Taska Anis, aku dan suami membawa mereka melihat kereta arwah yang berada di balai polis. Aku kurang pasti, najwa terdiam. Kucuri-curi memandang. matanya berkaca. Suamiku cepat-cepat mennggerakkan kereta. Tidak tahan untuk berada lebih lama di situ.

Arwah rapat denga anak-anakku, juga anak-anak lain. Menyayangi kanak-kanak. Itu yang boleh aku gambarkan berkenaan arwah. Juga disenangi oleh rakan-rakan termasuk diriku. Sepanjang perkenalan kami dengannya, tidak pernah dia mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati.

Ya Allah, Tempatkanlah arwah bersama-sama hambaMU yang solih. Amin.

Rabu, 8 Disember 2010

Mak!... Najmi muntah.




Anak lelakiku muntah, malam sudah menginjak ke pukul 11.30 malam. dia yang siang tadi kuat sangat bergurau dengan kak long dan kak ngah. berlari-lari dari sebelum maghrib sampai masuk waktu isyak. berlari sambil makan keropok dan bila dahaga, berhenti sekejap, mimtak air denganku yang sibuk di dapur. Puas disuruh diam, tidak dilayannya... sekarang muntah, sudah 5 kali. aku menggigil, kenapa jadi begini.


Malam ni kami tidur kat rumah mak kerana suamiku kursus di Kuala Lumpur seminggu. Mujur juga tidur rumah emak, bisik hati. Emak pun dah nampak cemas, aku apa lagi. Hanya kami berdua yang jaga, malas nak kejutkan yang lain. tunggu dan lihat dulu. Emak dari tadi membantu aku, dari mencari kain-kain untuk mengelap muntah yang ada di segenap tempat. dari atas tilam, depan pintu tandas, diribaanku dan sekarang di pintu dapur. Kemudia kulihat dia tercari-cari kasut buruk dalam almari, diambil tali kasut untuk najmi. cacing kot katanya. tali kasut tadi diikat dan dikalung pada leher najmi. najmi enggan tapi najmi anak mendengar nasihat. Bila diberitahu pakai untuk elak muntah, dia pakai.


sekejap aku lihat mak tarik selimut tebalnya, menuju tempat tidur kami. tidur sekali dengan kami. Aku risau darah tingginya naik. kukatakan takpe, mak tidur la dibilik, tapi dia tidak berginjak. terus lena bersebelahanku.


Cahaya lampu yang betul-betul berada di atas mukanya menyebabkan dia tidak lena. Aku tahu, mak tidak biasa tidur dalam cahaya terang. Akirnya bila setelah beberapa kali dia dia menjenguk najmi yang lena tidur, mungkin kepenatan muntah. dia akhirnya masuk ke biliknya. Oh mak!....