JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 13 Januari 2021

Umi belajar jadi youtuber

Bukannya tak segan. Memang segan. Lagi segan bila dengar suara sendiri. 

Bunyi macam mengada- ngada. Antara perasaan malu dan perasaan nak mentertawakan pada diri sendiri.

Harap sangat cepat berlalu perasaan ini. 

Ada pernah rasa?

Isnin, 10 September 2018

Salad

Nak menyemai ni.

Adli kat atas rumah dengan kakngah, dan sebahagian lagi ahli rumah ke eco.

Jommm

Alihkan pokok strawberi

Dah besar. Dia sendiri pun dah ada sulur.

Sepatutnya semalam lagi alihkan.

Tak perasan. Jadi dah setel hari ni alihkan pokok strawberi dari induknya.
Moga segar membesar.

Berada di pasu sendiri tanpa kongsi-kongsi lagi...

Ahad, 9 September 2018

Buang pucuk bunga ros jepun

Buang pucuk bunga Ros Jepun.  Nak biarkan ia bercabang.
Putik pun kadang-kadang buang juga.

Sabtu, 8 September 2018

Borong ros jepun.

Pening kepala tengok bunga Ros Jepun yang mekar setaman milik Puan Rohaizan.

Rasa nak duduk je birai pasu tu. Sampai bunga tu menguncup kembali. Sayang nak lepaskan pandangan saat itu. Nak ianya kekal dalam memori kakza.

Takpa, kita usahakan moga taman bunga Rohaizan ada depan rumah kakza satu hari nanti.

Jumaat, 31 Ogos 2018

Pembantu setia Lobster Akuaponik Bachok.

Setia di sisi. Seru saja nama, terpacul dia depan mata kami. Alhamdulillah.

Ringan tulang dan mudah ikut arahan.

Eh eh terpuji anak sendiri pulak.

Pegaga dah botak.

Terkejut. Rasa semalam pegaga ni kehijauan.
Rimbun daunnya. Sedar-sedar hari ni botak sudahhh.
Kunjungan 7 ekor ulat warna hijau tu buat pegaga ni botak dalam sekelip mata.

Kutip saja ulat tu dan penyet. Kakza tak geli.
Masa kecil dulu dah biasa kutip ulat dalam kebun ayah.

Anak petani katakan.