JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Ahad, 10 April 2011

Merajuk, protes... kak long tak mahu makan.

Pagi ini kami tidak bercadang singgah di pekan Jelawat seperti kebiasaan untuk makan roti canai atau pulut dengan ikan rebus goreng. Kata suami, elok juga kita selang dengan makan kat rumah/ kalau tidak sempat, makan dalam perjalanan sahaja. Aku siapkan roti sardin dan pisang dipotong2 untuk pagi ini. Najiha dan najmi, beraselera makan. Aku tahu kak long pun sama. Tapi disebabkan untuk menunjukkan protesnya itu, dia tidak mahu makan walau telah dipujuk berulang kali. Puncanya, dia mahu letak butang dibelakang tudungnya itu. Sampai ke sudah dia merajuk. Aku buat keputusan untuk tidak menuruti kehendaknya kerana aku sendiri tidak menyukai pemakaian tudung begitu selain dari bahaya untuk kanak2. Juga menampakkan leher. Dalam hati berkata, mudah sungguh kanak2 ni terikut2. Dok terfikir2 macamana nak beri penjelasan yang mudah difahami oleh kanak2 sepertinya??

Sabtu, 19 Mac 2011

Tersentuh lagi...

Hatiku tersentuh lagi semalam. Bahagia dapat membawa mak dan su timah bertemankan najmi ke rumah sahabat mak dan su timah merangkap saudara kami jugak. Kali ni kali kedua mak menziarah dia. Sampai sahaja kami, dia tengah diuruskan oleh cucunya untuk solat asar. Jam dalam kul 4.30pm.Dah terharu tengok betapa terdidiknya cucunya itu. Neneknya dah ready untuk jumpa Allah SWT .
Mengurus pesakit stroke yang tidak dapat menguruskan diri sendiri dan juga tidak mampu bercakap. Pengajaran bermakna untuk diri. Menahan sabar adalah perkara utama yang perlu ada. Melihat perwatakan mereka, hati kecilku berkata mereka remaja "berlian" yang jarang ada sekarang. Dalam hati berdoa moga anak2ku juga menjadi seperti mereka.
Mak su tadi (pesakit) terus meraung dalam bahasa yang sukar kami fahami, bila melihat mak dan su timah. Sambil menunjuk ke arah najmi yang sedang tidur. Kucuba fahami maksudnya. Rupa2nya dia merai kedatangan kami tetapi dia tidak mampu berbuat apa2. Kerana mengikut mak, dia seorang yang merai tetamu. tak sempat kita duduk dia dah siap air teh dengan biskut. Oh! Bernilai sungguh pengajaran ini untuk aku...
Kucuba-cuba sendiri mentafsir selebihnya reaksi mak su yang tidak diam2, sekejap menunjuk2 najmi, sekejap meraung (dalam berkata2). Tapi aku tegar menangis di situ. Sekarang ini, air mata ini keluar. Memikirkan mampukah nanti aku juga melakukan benda yang sama dilakukan oleh cucu2 mak su....

Khamis, 17 Mac 2011

Buli adik...:(


Bising lagi rumah. Irama yang selalu berkumandang kalau tidak siren kak long, siren kakngah atau SIREN umi. Siren ayah jarang bunyi...huhuhu.

Ada saja penyebab untuk bising. Kak long usik kak ngah atau sebaliknya. Riuh rendah rumah. Ni satu lagi bukti "hidup" sesi membuli..:). Ada je nak suruh kak ngah sakit hati...huhuhu.

Harap jugak bila dah besar2 nanti kak long dah bosan membuli dan dia sudah tidak mahu membuli orang lain. Biar la dia habislan gian membuli waktu2 kecik ni. Besar nanti jangan buli orang tau. Kita Kena sebanyak mungkin membuat orang senang hati dengan kita tau kak long. Wajibkan diri melakukan sedekah setiap saat. Paling "simple" ialah sedekah dengan TIDAK MENYAKIT-kan hati orang lain. ...........(pesanan dari umi)

Rabu, 16 Mac 2011

Aktiviti berlakon


Cerita kak long dan kak ngah aje yang banyak dalam blog ni... kalau la najmi pandai baca blog ni. "Ye la, dah najmi baru nak masuk 3 tahun, kak long(ayung-panggilan najmi) dan angah dan 6 tahun. sudah tentu la pengalaman hidup kakak2 lebih dari najmi. takpe nanti kita tulis pasai najmi lak.:)

Sama la kisahnya kita yang dah tua ni. Lagi lama hidup, lagi banyak pengalaman. Sepatutnya.....


Kali ini nak kongsi cerita along dan angah berlakon jadi doktor. Siap pandai sebut along jd doct ONG (Obstetrik n Ginekologi- harap la x salah ejaanku ni). Kak ngah jadi doct Pediatrik (Pakar kanak2). Amin...

Memang aku dan suami sentiasa hasut dia supaya jadi doct sebab pada pandanganku, profesion ni peluang banyak buat pahala dan orang yang bekerja dalam bidang ni kebanyakannya berjiwa BESAR. Paling penting... kurang curi tulang masa bekerja dan terhindar dari RASUAH. hehehe. Lagipun Malaysia masih kekurangan doktor. Amin Ya Allah mudah2an.

Suka usik tok ayah.


Suka sangat dia bila tengok tok ayah terkekeh ketawa, lagi diusiknya. Sehingga tok ayah dah tak larat melayan kak long. Letih kita dibuatnya. Larang pun bukan diendahkan... Sesekali tercuit juga hati. Kalau aku selaku uminya sudah kekok membuat tok ayah ketawa, biarlah kak long sahaja yang lakukannya.

Tapi, aku selalu perhatikan, ayah kalau aku ke rumahnya tanpa anak-anak dia jadi kurang ceria. Takde modal sangat nak dicakapkan. Memang budak-budak ni bidadari syurga. Mudah-mudahan juga sampai ssepanjang umurnya nantipun, anak-anakku bisa membuat bukan tok ayahnya sahaja ketawa, malah boleh membuatkan semua orang ketawa dan bahagia dan senang dengan mereka. Amin....

Sabtu, 15 Januari 2011

Gosip!!!


Bergosip dengan anak. Kak long dah boleh masuk senarai gosip. Gosip dengan anak, lagi selamat dari melanggar syariat. Kalau tersilap sikit pun terus diperbetulkan. Katanya " tak baik umi cakap kat suami umi macam tu..." sekadar contoh sahaja.

Nampaknya dia mula faham situasi yang perlu wujud dan macamana menangani situasi yang kurang baik agar tidak akan wujud kembali atau terus wujud. Gosipku bersamanya hanya sekitar isu yang mudah dia fahami dan bertujuan memupuk rasa cakna sekiranya wujud situsi yang negatif agar terus perbetulkan, jangan diam. Mudahan kalau aku yang sudah berusia ini tidak mampu menegur, biarlah teguran itu muncul dari mulut kanak-kanak, seperti kak long.