JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 11 April 2012

Kisah dalam sebuah komuter

Seorang ibu sering mengadu sakit kepala. Ibu muda ini mempunyai 2 orang cahayamata lelaki berumur 4 dan 3 tahun. Surirumah sepenuh masa ini dalam menanggung sakit kepalanya itu, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada dua orang puteranya.
Satu hari, suaminya telah membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan sakitnya itu bertambah teruk. Dipendekkan cerita, alangkah terkejut kerana dia didapati meghidap barah otak yang agak kritikal. Doktor menahannya dihospital dan melarang sesiapapun berjumpa dengan ibu muda ini, walaupun anaknya sendiri.
Setelah dirayu beberapa kali, akhirnya doktor membenarkan anaknya berjumpa beliau. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa itu gembira yang bukan kepalang. Sejak pagi lagi mereka telah bersiap-siap untuk berjumpa ibu mereka. Ditarik-tariknya baju ayah mereka yang sedang mengunci pintu pagar rumah sambil berkata "cepatlah ayah, kami rindu ibu..." kerana tidak sabar untuk menemui ibu mereka.
Dalam masa itu, kedengaran panggilan dari handphonenya dan khabar yang kedengaran dihujung talian bagai halilintar. Kelam dunia bagi si ayah tadi. Isterinya telah meninggal sekejap tadi. Khabar tadi tidak mampu dikhabarkan kepada anak-anaknya. Dengan langkah yang tanpa tujuan, dia melangkah masuk ke dalam komuter tanpa sebarang tujuan. Tidak tahu macamana mahu mengkhabarkan cerita ini kepada anak-anak.
Masuk sahaja ke dalam train, dia membiarkan sahaja gelagat anak-anaknya yang excited itu. Tidak mampu melarang sehinggalah dia ditegur oleh seorang lelaki yang sudah bosan melihat gelagak anak-anak itu yang telah meragut ketenangan suasana dalam komuter sekejap tadi.
Emosi lelaki ini pada awalnya cukup menyampah, benci dengan gelagat si bapa yang membiarkan sahaja anak-anak membuat bising,  bertukar serta merta kepada empati, simpati dan penuh keinsafan setelah dia mengetahui situasi sebenar si bapa.
Moral yang ingin dikongsi ialah, jika kita tidak mengetahui situasi sebenar seseorang itu, memang terlalu mudah untuk kita mengalami salah tanggapan. Setiap emosi buruk yang ada pada kita, memerlukan 3 emosi positif untuk mengimbangi emosi buruk tadi.
dan berburuk sangka.
Cerita dipetik dari IKIM.FM.

Rabu, 25 Januari 2012

Buat Tatapanmu anak... moga kamu tahu bersyukur.





KISAH MENYUSU SUSU LEMBU DI KEMBOJA



Kisah seorang budak yang masih mentah dan memerlukan seseorang untuk menjaga kanak-kanak ini, namun apa yang berlaku sebaliknya. Kerana kesempitan hidup yang tidak dapat dielakkan beliau menjadi mangsa keadaan dek kerana kesempitan hidup keluarga. Berikut kisah yang sempat ZoOm Jumpa dan kongsi bersama dengan and, bacalah :Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters











Selasa, 3 Januari 2012

Kak long dan kak ngah masuk sekolah Seri Ketereh

1 januari adalah hari pendaftaran sekolah Seri ketereh. Mengikut ucapan cikgu besar, seramai 150++ orang pelajar tahun satu yang memulakan persekolahan.
Kak long dan kak ngah beserta sepasang lagi kembar diminta bergambar oleh cikgu besar. Kak long dan kak ngah bukan kembar yang betul-betul kembar, tapi kembar tahun. Tapi umi tidak berkesempatan menerangkannya lagi kepada cikgu besar, takpe la mungkin lepas2 ni dia akan tahu juga. Masa tu keadaan tidak berapa sesuai. Cikgu besar tanya, umi angguk sahaja.Ada beberapa orang cikgu, dah umi terangkan mereka ni kembar tahun.
Ikut rekod lepas, ada kembar yang cemerlang dalam pelajaran. Amin. Mudahan doa cikgu pada hari pertama mereka menjejaki kaki ke sekolah ini, bakal menjadi kenyataan.
Mereka kelas sama, 1 Bestari. Semoga permata hati umi akan terus bestari....