JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Ahad, 17 Oktober 2010

Lembutkanlah hati anak-anakku...


Kak long buat perangai, umi yang kepenatan akan cepat naik angin. Silap sikit terus marah, tengking. Sudah beringat-ingat untuk tidak cepat melenting tetapi kali ini masih gagal.

Bila aku memarahi kak long dengan menengking, dia tidak takut jauh sekali untuk menangis. Semakin geram rasa hati ini.

Dia membatukan diri, tidak berganjak malah tidak mahu meminta maaf. Aku jadi buntu. Seterusnya aku mengalah menggunakan teknik pujuk. Umi yang marah tadi, umi pula yang memujuk. Mengalah. Bila slowtalk, kak long terus meraung, menangis atas pangkuanku. Sebak pun ada.

Ohhh! Ya Allah, macam ni baru dinamakan mendidik. Baru berjaya aku menyentuh hatinya...

barulah kata-kataku menusuk ke hati dan jiwanya. Dia meronta dalam pangkuan tetapi tidak mahu lari dari ribaan. Meronta-ronta seakan-akan mahu melepaskan rasa yang terbeban dihati dan jiwa kecilnya itu. Aku yang kena lebih ditarbiah sebelum aku mendidik anak-anakku.

Ya Allah semoga aku berjaya membawa watak IBU ini... AMIN.