JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Jumaat, 31 Ogos 2018

Pembantu setia Lobster Akuaponik Bachok.

Setia di sisi. Seru saja nama, terpacul dia depan mata kami. Alhamdulillah.

Ringan tulang dan mudah ikut arahan.

Eh eh terpuji anak sendiri pulak.

Pegaga dah botak.

Terkejut. Rasa semalam pegaga ni kehijauan.
Rimbun daunnya. Sedar-sedar hari ni botak sudahhh.
Kunjungan 7 ekor ulat warna hijau tu buat pegaga ni botak dalam sekelip mata.

Kutip saja ulat tu dan penyet. Kakza tak geli.
Masa kecil dulu dah biasa kutip ulat dalam kebun ayah.

Anak petani katakan.

Rabu, 22 Ogos 2018

Sedekah madu

Madu lebihan buat projek pokok anggur semalam kakza sengaja tak basuh bekas.
Biarkan bekas lebihan madu, nak sedekah kat semut.

Depa suka rasanya...

Tapi ada juga yang mati dalam nikmat. Semut mati dalam madu.

Betapa maut itu dimana-mana. Dalam dok menikmati makanan pun kita boleh mati.

Isnin, 20 Ogos 2018

Nangka madu tergolek- golek.

Adam... Marilah koyok nangka ni.

Itu seruan untuk ore balik nak beraya Aiduladha.

Kebetulan ada rezeki dapat makan nangka, takde rezeki, dapat hidu aje laaaa.

Rompak lada mak

Asal dah putus harap dengan lada cengek ni. Dah nak mati, tapi tiba-tiba  elok je pulak. Segar dan berbuah lebat lagi.

Asal hari tu kena serangan hama, masa cikgu Kamal letak dekat kolam lobster. Kami pindahkan ke tepi telaga.

Panjang umur lagi lada ni.

Ikan guppy pun ada di Lobster Akuaponik Bachok.

Cikgu Kamal tayang guppy Kat Facebook dia. Tak sebut pulak nak jual. Ada orang berkenan nak beli.

Alahai, seronoknya. Nak biakkan lagi lah guppy ni. In Sha Allah.

Moga hidup sihat kekal cergas dengan tuan baru.

Serai wangi

Hari ni dapat serai wangi. Kawan yang bagi. Serobok bujang kepalang.

Bau batangnya dah macam bau minyak serai wangi. Segar.

Kakza dah tanam tu tepi kerek telaga ikan guppy. Mudahan hidup. Nanti nak letak gambar.

#lobsterakuaponikbachok

Ahad, 19 Ogos 2018

Rose jepun

Merah yang mengancam. Pagi ni berkembang sekejap sebelum kakza pindahkan ke pasu lain.

Mekar molek dalam pukul 10 pagi. Sebab itu digelar juga bunga pukul 10. Mak- mak kat kampung kakza panggil... Hehe

Rabu, 15 Ogos 2018

Long, ambil beg umi ni... Umi nak jenguk bunga!

Macam tulah. Tak sempat naik rumah, round pokok bunga dulu. Beg kita pada pada anak.

Kenapa jadi lagu tu? Sebab rasa seronok, hilang stress bila mula pegang tanah, mula cabut rumput dan mula siram pokok.

Kita dari alam, kena kembali kepada alam semulajadi baru tenang hidup.

Lagi best ada air terjun depan pintu rumah ni haaa. Confirm tenang sepanjang masa. Aaaaa... Macam logik juga.

Kopi peneman setia.

Tak kisah sangat makan dalam kereta atau di warung. Janji kopinya disisikan. Ceria sokmo.

Tak kisah juga seorang diri atau berteman. Allah selalu ada di sisi.

Selasa, 14 Ogos 2018

Roti pizza dan roti cheese

Ehhh... Bukan pegang marker saja, pegang kayu ni jugak di kolej. Hehe.

Terapi jugak boleh masuk kitchen
Join buat roti.

Anak murid ajar kakza

Isnin, 13 Ogos 2018

Berkebun selepas balik dari kerja.

Sampai saja di rumah, salin baju dan terus turun ke laman. Laman yang penuh sesak dengan tank #cikgukamal punya. Ada lobster, ada tilapia dan ada guppy.

Rumah kami laman tak luas, rumah lot. Tapi boleh saja jalankan aktiviti berkebun dan dan aktiviti agriculture lain.

Zaman dah berubah. 2 malam lepas kami berpeluang mengenali seorang adik yang menetap di Pasir Pekan, Kelantan. Dia memelihara ikan kelah. Bukan lagi di laman rumah tapi dalam rumah. Terkejut tak? Hehe.

Betul- betul zaman dah berubah. Posting akan datang kakza cuba ceritakan apa yang ada dilaman rumah #kakza.

Khamis, 9 Ogos 2018

Cuti dari berkebun minggu ni.

Datang Lenggong. Ayah ada kelas tekno-usahawan. Kami tumpang kaki. Alang- alang ke Gerik, tempat kita jugak dulu.

Rugi kalau tak mengikut.

Orang g ngaja, kita mereput saja di homestay punnnnn tanpa dah. Syukur dapat jalani gaya hidup berbeza dari biasa. Seronok juga.

Kalangan ikut ayah, dia photographer ayah.

Rabu, 8 Ogos 2018

Kakza berkebun nak kembalikan mood happy.

Berkebun petang, pulang dari kerja, boleh hilangkan stress.

Peluh keluar, menatap pula hasil tanaman. Memang buat hati happy dan setelah berpeluh, lagi bersemangat.

Orang dah nak azan maghrib pun rasa tak nak berhenti lagi.

Adake yang sama peel macam ni?