Nak menyemai ni.
Adli kat atas rumah dengan kakngah, dan sebahagian lagi ahli rumah ke eco.
Jommm
Apa sahaja yang lahir dari hati itu bersih sifatnya kecuali jika telah dikotori oleh nafsu dan bisikan syaitan. Jom kita sama-sama jaga hati dan kata-kata yang terbit darinya.
Dah besar. Dia sendiri pun dah ada sulur.
Sepatutnya semalam lagi alihkan.
Tak perasan. Jadi dah setel hari ni alihkan pokok strawberi dari induknya.
Moga segar membesar.
Berada di pasu sendiri tanpa kongsi-kongsi lagi...
Pening kepala tengok bunga Ros Jepun yang mekar setaman milik Puan Rohaizan.
Rasa nak duduk je birai pasu tu. Sampai bunga tu menguncup kembali. Sayang nak lepaskan pandangan saat itu. Nak ianya kekal dalam memori kakza.
Takpa, kita usahakan moga taman bunga Rohaizan ada depan rumah kakza satu hari nanti.