JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 8 Disember 2010

Mak!... Najmi muntah.




Anak lelakiku muntah, malam sudah menginjak ke pukul 11.30 malam. dia yang siang tadi kuat sangat bergurau dengan kak long dan kak ngah. berlari-lari dari sebelum maghrib sampai masuk waktu isyak. berlari sambil makan keropok dan bila dahaga, berhenti sekejap, mimtak air denganku yang sibuk di dapur. Puas disuruh diam, tidak dilayannya... sekarang muntah, sudah 5 kali. aku menggigil, kenapa jadi begini.


Malam ni kami tidur kat rumah mak kerana suamiku kursus di Kuala Lumpur seminggu. Mujur juga tidur rumah emak, bisik hati. Emak pun dah nampak cemas, aku apa lagi. Hanya kami berdua yang jaga, malas nak kejutkan yang lain. tunggu dan lihat dulu. Emak dari tadi membantu aku, dari mencari kain-kain untuk mengelap muntah yang ada di segenap tempat. dari atas tilam, depan pintu tandas, diribaanku dan sekarang di pintu dapur. Kemudia kulihat dia tercari-cari kasut buruk dalam almari, diambil tali kasut untuk najmi. cacing kot katanya. tali kasut tadi diikat dan dikalung pada leher najmi. najmi enggan tapi najmi anak mendengar nasihat. Bila diberitahu pakai untuk elak muntah, dia pakai.


sekejap aku lihat mak tarik selimut tebalnya, menuju tempat tidur kami. tidur sekali dengan kami. Aku risau darah tingginya naik. kukatakan takpe, mak tidur la dibilik, tapi dia tidak berginjak. terus lena bersebelahanku.


Cahaya lampu yang betul-betul berada di atas mukanya menyebabkan dia tidak lena. Aku tahu, mak tidak biasa tidur dalam cahaya terang. Akirnya bila setelah beberapa kali dia dia menjenguk najmi yang lena tidur, mungkin kepenatan muntah. dia akhirnya masuk ke biliknya. Oh mak!....


1 ulasan: