JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 11 April 2012

Kisah dalam sebuah komuter

Seorang ibu sering mengadu sakit kepala. Ibu muda ini mempunyai 2 orang cahayamata lelaki berumur 4 dan 3 tahun. Surirumah sepenuh masa ini dalam menanggung sakit kepalanya itu, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada dua orang puteranya.
Satu hari, suaminya telah membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan sakitnya itu bertambah teruk. Dipendekkan cerita, alangkah terkejut kerana dia didapati meghidap barah otak yang agak kritikal. Doktor menahannya dihospital dan melarang sesiapapun berjumpa dengan ibu muda ini, walaupun anaknya sendiri.
Setelah dirayu beberapa kali, akhirnya doktor membenarkan anaknya berjumpa beliau. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa itu gembira yang bukan kepalang. Sejak pagi lagi mereka telah bersiap-siap untuk berjumpa ibu mereka. Ditarik-tariknya baju ayah mereka yang sedang mengunci pintu pagar rumah sambil berkata "cepatlah ayah, kami rindu ibu..." kerana tidak sabar untuk menemui ibu mereka.
Dalam masa itu, kedengaran panggilan dari handphonenya dan khabar yang kedengaran dihujung talian bagai halilintar. Kelam dunia bagi si ayah tadi. Isterinya telah meninggal sekejap tadi. Khabar tadi tidak mampu dikhabarkan kepada anak-anaknya. Dengan langkah yang tanpa tujuan, dia melangkah masuk ke dalam komuter tanpa sebarang tujuan. Tidak tahu macamana mahu mengkhabarkan cerita ini kepada anak-anak.
Masuk sahaja ke dalam train, dia membiarkan sahaja gelagat anak-anaknya yang excited itu. Tidak mampu melarang sehinggalah dia ditegur oleh seorang lelaki yang sudah bosan melihat gelagak anak-anak itu yang telah meragut ketenangan suasana dalam komuter sekejap tadi.
Emosi lelaki ini pada awalnya cukup menyampah, benci dengan gelagat si bapa yang membiarkan sahaja anak-anak membuat bising,  bertukar serta merta kepada empati, simpati dan penuh keinsafan setelah dia mengetahui situasi sebenar si bapa.
Moral yang ingin dikongsi ialah, jika kita tidak mengetahui situasi sebenar seseorang itu, memang terlalu mudah untuk kita mengalami salah tanggapan. Setiap emosi buruk yang ada pada kita, memerlukan 3 emosi positif untuk mengimbangi emosi buruk tadi.
dan berburuk sangka.
Cerita dipetik dari IKIM.FM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan