JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 28 Julai 2010

Kuasa imaginasi kak ngah memang hebat.

"Umi, acik fadhil tu dia eksiden sebab kereta yang langgar dia tu laju dan kena acik fadhil kan umi? Lepas tu acik fadhil meninggal dan sekarang dia duduk ngan Allah." Aku mengiakan tapi memang kurang berminat mahu mengulas isu eksiden yang berlaku itu yang menyebabkan kematian sahabat kami dan acik kesayangan mereka.
Banyak spekulasi dan andaian mereka adik-beradik buat tapi aku buat pekak sahaja. malas campur. membiarkan sahaja andaian-andaian dan ulasan-ulasan mereka. lagipun aku sendiri tiada jawapan.
Boleh dikatakan dalam seminggu dua kejadian eksiden itu, anak-anak berdua ini asyik mengajak kami melihat kereta arwah yang ada diletakkan di depan balai polis Gerik. Bila melihat kereta itu, ada satu kali kak ngah menangis. Agak aku, hatinya tersentuh. Maklumlah arwah memang agak rapat juga dengan anak-anak aku.
Muls-mula diberitahu acik Fadhil eksiden, meninggal, mereka maeahkan kami. Iut yang kami bawa tengok kereta arwah. Tapi setiap hari lepas balik kerja mereka ajak tengok kereta itu sehinggalah suamiku bersuara utnuk tidak lagi melihat kereta itu, lain macam rasa dia kata.
Anak-anak nih mudah tersentuh hatinya dan setiap ulasan yang keluar dari mulut mereka penuh keikhlasan. Tiada langsung hipokrit dan ayat yang direka, kecuali bila mereka menipu. Sebab tiu boleh agak bila mereka menipu sebab kanak-kanak tidak pandai menipu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan