JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Isnin, 5 Julai 2010

tak nak pergi taska malam-malam...

"Bukan malam dah ni kak long". kataku. Terkasima pun sama. Apa tidak malamnya, jam baru 5.45 pagi. Lengkap dengan kabus sekali. Tidak cerita lagi massalah sejuk nak mandi pagi. Kalau difikirkan, aku masa sekolah dulu pun, liat mandi pagi. Itu dah tingkatan 6 atas. Mandi pun jam 6.40 pagi.
Ini anak sekecil najwa, baru 5 tahun, bangkit mandi jam 5.40 pagi dan pakai siap-siap baju pasti, lepas tu naik kereta tidur kembali. hingga sampai ke pasti kadang-kadang atau dikejutkan bila ayahnya membelikan makanan untuk breakfast dalam kereta. Umi bangga dengan kak long, kak ngah dan najmi.
Sekarang bila sudah hampir 5 bulan kami melalui jadual bangun pagi seawal 5 pagi dan kejutkan anak mandi jam 5.40 pagi dan sarapan atas kereta 7.00 pagi, Alhamdulullah, nampak semakin stabil walau ada kalanya kelam kabut juga.
Anak-anak rupa-rupanya boleh diajar, perkara paling mudah ialah mandi pagi dan mandi pagi sebelum subuh bagus untuk tampil slim. Itu agaknya kak long ni slim, x gemuk-gemuk. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan