JAGA HATI HIAS PERIBADI

Sekadar perkongsian coretan pengalaman diri dan mudahan bermanfaat untuk semua pengunjung blog saya













Rabu, 28 Julai 2010

umi.. kenapa buaya ni tak tak nak keluar

"buaya tak nak keluar laaa umi...." kata kak long. memang pun. duit tak masukkan. macamana buaya tu nak keluar. bayar RM3 keluar la buaya tu.
Dengan muka berkerut2 menunjukkan terkejut aku kata. "kenapa ek dia tak nak keluar. takpe la dia tak nak kelauar kita g main kat taman kat dalam tu, bayar RM3 seorang. kak long dan adik-adik boleh main sampai puas. tak balik petang ni pun takpe". kataku.
Dia dengan penuh persetujuan, melangkah masuk taman yang dibayar RM3 tapi main sampai puas. Kak ngah dan najmi hanya mengikut. Tidak pandai membuat petrmintaan dan perbandingan lagi. Selamat duit umi dan ayoh.
Itu antara teknik umi dan ayoh menyelamatkan duit. main dapat tapi memandangkan nak tunggu ayoh "shopping" keperluan rumah yang sah-sah mahu 2 jam menunggu kat luat Tesco Kota Bharu tu. Kalau mahu buaya tu sentiasa keluar untuk tempoh itu, mahunya berpuluh2 duit melayang.
Takpe nanti2 la bila kak long dan adik-adik besar umi bagitahu muslihat ini. banyak lagi muslihat yang umi dan ayoh berkomplot sepanjang membesarkan kalian... sorry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan